Hubungan dengan manusia Kelapa laut

Penceritaan

Menurut penceritaan masyarakat Perak di semenanjung Melayu, terdapat fenomena air pusar di Beting Beras Basah yang pada asalnya merupakan suatu tasik purba misteri diberi nama Tasik Pauh Janggi sempena perkaitan dengan suatu belahan biji benih kelapa laut yang diberikan kepada Putera Bongsu atau Pangiran Shahbandar Maharajalela, saudara Sultan Shah Berunai dari kerajaan Brunei sebagai salah satu alat pertabalan baginda menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600.[15]

Di Selangor pula, terdapat kisah yang diceritakan mengenai seorang pengembara asal negeri sama bergelar "Haji Batu" yang berlayar ke Mekah untuk menunaikan haji; pelayaran ini berterusan selama dua bulan sebelum mereka tersasar dari laluan pelayaran mereka sehingga dihanyutkan ke laut dalam dipenuhi batang pokok dan balak kayu berapungan. Pada ketika ini, si haji ini bermimpi didatangkan seorang lelaki yang menasihatinya bahawa dia akan berjumpa sebatang pokok pauh janggi dan dia perlu membawa sebatang tukul dan paku apabila berpaut kepadanya. Pada keesokan harinya, kapal mereka bertembung dengan suatu pusaran air hebat bernama "Pusat Tasik" yang menenggelamkan kapal tersebut, hanya si Haji Batu yang terselamat menemukan pokok yang dijanjikan dan mendaki pokok tersebut ke atas menyelamatkan diri.[16]:8-10

Penemuan lanjut

Setandan buah kelapa laut.

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik. Nama-nama botani lain yang pernah digunakan termasuk Lodoicea sechellarum Labill. dan Lodoicea sonneratii (Giseke) Baill. Nama genusnya Lodoicea berasal daripada Lodoicus, iaitu perkataan Latin untuk Louis, dan merupakan penghormatan kepada Raja Louis XV dari Perancis.

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut. Orang-orang bangsawan pada abad ke-16 sering membersihkan kulit buah ini dan menghiaskannya dengan permata yang berharga untuk galeri-galeri peribadi mereka.


Rujukan

WikiPedia: Kelapa laut http://www.pacsoa.org.au/palms/Lodoicea/maldivica.... http://www.pacsoa.org.au/palms/Lodoicea/maldivica1... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25616088 http://www.arkive.org/species/GES/plants_and_algae... //doi.org/10.1111%2Fnph.13272 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2011-2.RLTS.T38602A101... http://www.theplantlist.org/tpl1.1/record/kew-1150... //www.worldcat.org/oclc/906429733 http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/from_our_own... https://books.google.com/books?id=XAZUuAAACAAJ